GuaBlog

Sunday, April 15, 2012

Tambah Berahi Cara Semulajadi



Perlu diakui bahawa ghairah seks baik buat isteri mahupun suami tidak akan sentiasa membara.  Gejolak nafsu seks juga ada pasang surutnya.  Ada ketikanya nafsu berahi yang meninggi akan turun merudum tanpa diketahui sebabnya.

Bagi anda yang menghadapi masalah tersebut, apa kata cuba dahulu dengan cara semula jadi seperti berikut :

Percaya Diri
Tidaka ada yang dapat menurunkan hasrat seksual seseorang selain rasa rendah diri.  Oleh itu cubalah dapatkan semula keyakinan diri.

Ginko Biloba
Herba yang memiliki khasiat penyembuhan ini dikatakan dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan organ seks.  Ginko biloba juga diyakini memiliki kesan meningkatkan hasrat, kesenangan seksual dan orgasma.

Yohimbine
Yohimbine telah lama digunakan di Afrika sebagai ubat perangsang nafsu berahi dan sering disebut viagra semula jadi.

Urutan
Teknik urutan dapat dilakukan untuk meningkatkan rangsangan seksual terutama jika anda sering stres, rungsing atau marah.  Sediakan bilik dengan suasana yang romantik, muzik yang lembut dan mulakan mengurut pasangan.  Setelah siap mintalah pasangan mengurut anda pula.

Makan dengan betul
Jika tubuh lemah akibat kesihatan yang buruk, tidak mustahil hubungan seksual juga akan terkena tempiasnya.  Makanlah lima hingga sembilan jenis buah-buahan dan sayuran sehari untuk menjaga kesihatan.

Kurangi berat badan
Memiliki berat badan berlebihan mampu mempengaruhi kualiti kehidupan initm.  Obesiti menimbulkan penyakit pembuluh darah yang mengurangi aliran darah ke organ genital.  Akibatnya ereksi sukar terjadi.

Senaman
Senaman teratur membantu meningkatkan aliran darah ke organ seksual.  Ia juga membuatkan anda merasa lebih yakin pada diri sendiri.

Berhenti merokok
Jika anda memang seorang perokok, fikirkanlah akan kemungkinan anda menghadapi masalah seks.  Memang telah lama dikenal pasti bahawa rokok memiliki pengaruh yang buruk terhadap aliran darah ke organ seksual.

Sunday, April 1, 2012

Kekerapan Perempuan Fikir Pasal Seks Berbanding Lelaki

Adakah anda rasa lelaki berfikir pasal seks setiap masa, setiap hari, 24 hours , seven days a week tanpa cuti?  Adakah anda rasa perempuan tidak pernah berfikir pasal seks?  Meaning yang dah kahwin jer nooo…

Pernahkah anda baca di blog yang “katanya” lelaki berfikir pasal seks 30 kali sehari, walaupun tanpa rujukan mana-mana?  Mungkin itu benar mungkin tidak.  Bergantung kepada seseorang individu.  Ada yang lebih ada yang kurang.  Bagaimana dengan anda?

Tetapi yang pasti lelaki berfikir pasal seks memang lebih banyak berbanding perempuan.  Bukan pasal seks saja tetapi juga pasal makan dan tidur.

Secara purata, lelaki berfikir pasal seks sebanyak 19 kali sehari berbanding 10 kali oleh perempuan.



Juga lelaki berfikir pasal makan hampir sama banyak dengan seks iaitu 18 kali berbanding perempuan yang berfikir pasal makanan sebanyak 15 kali sehari.


Pasal tidur?  Lelaki memikirkannya sebanyak 11 kali berbanding 8.5 kali sehari oleh perempuan.

Data tersebut merupakan kajian oleh penyelidik dari Ohio State University yang mengkaji 160 perempuan dan 120 lelaki berkaitan perkara-perkara tersebut. 

Walaupun data tersebut merupakan data sosial mat dan minah salleh, namun kesimpulannya lelaki memang lebih dan melebih-lebih.

Sumber data klik sini.

Apesal

Ping Busuk

Ohbelog.com